Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    1.8 juta penduduk kehilangan sumber air di Aleppo

    NEW YORK, 7 Feb – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan hari ini, sejak pertengahan Januari, anggaran 1.8 juta penduduk di bandar Aleppo, Syria, telah terputus dari sumber bekalan air utama mereka, yang kini dalam kawalan kumpulan Islamic State (IS).

    Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, memberitahu para pemberita bahawa, PBB begitu khuatir dengan jumlah itu dan mengesahkan pertubuhan itu akan terus untuk memberikan tindak balas terhadap krisis air berkenaan dengan membekalkan bahan api untuk mesin mengambil air dari telaga dalam dan membantu usaha trak-trak air kecemasan, bagi mencapai hampir sejuta orang yang memerlukan bantuan air.

    Sementara itu, Majlis Antarabangsa PBB bagi Palang Merah – konvoi antara-agensi Bulan Sabit Arab Syria, menghantar makanan dan barangan kecemasan kelmarin bagi 84,000 orang yang memerlukan, dalam kawasan yang sukar untuk didatangi di pedalaman Homs, katanya. Kawasan itu kali terakhir didatangi oleh konvoi pada 19 September 2016.

    “Konvoi ini adalah penghantaran merentas kawasan pertama dalam bulan Februari dan yang kedua dalam 2017,” katanya.

    Anggaran 1.8 juta penduduk di kawasan kawalan kumpulan IS terputus dari sumber bekalan air utama mereka. – AFP
    Anggaran 1.8 juta penduduk di kawasan kawalan kumpulan IS terputus dari sumber bekalan air utama mereka. – AFP

    Pihak PBB meminta bagi akses tanpa syarat, tanpa halangan dan dikekalkan kepada kesemua 4.72 juta orang dalam lokasi-lokasi yang sukar didatangi di seluruh negara itu, termasuk 643,780 orang di lokasi-lokasi yang dikepung.

    Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB, Stephen O’Brien, menamatkan lawatan dua hari ke Jordan hari ini, yang merupakan hos ketiga terbesar pelarian Syria di rantau itu.

    Dujarric berkata, ketika lawatan itu, O’Brien berjumpa dengan pegawai-pegawai kanan Jordan, termasuk ketua Angkatan Bersenjata Jordan, Jeneral Mahmoud Frihat dan Perdana Menteri Jordan, Hani Mulki. Dia juga mengadakan lawatan ke perkhemahan pelarian Azraq. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda