Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    1 bilion orang muda berisiko kehilangan pendengaran

    PARIS, 16 NOV – Kira-kira satu bilion orang muda di seluruh dunia berisiko kehilangan pendengaran akibat mendengar menggunakan fon kepala atau menghadiri konsert-konsert muzik yang kuat, menurut satu kajian.

    Kajian yang diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata golongan muda perlu berhati-hati mengenai tabiat menggunakan fon kepala, dan menggesa pihak kerajaan dan pengilang untuk melakukan lebih banyak usaha untuk melindungi pendengaran.

    Analisis yang diterbitkan dalam jurnal kesihatan global BMJ menggumpulkan data daripada 33 kajian yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Rusia sejak lebih dua dekad kebelakangan melibatkan lebih 19,000 orang peserta lingkungan usia 12 hingga 34 tahun.

    Kajian mendapati bahawa 24 peratus daripada orang muda mengamalkan pendengaran yang kurang selamat semasa menggunakan fon kepala melalui peranti seperti telefon pintar.

    Dan 48 peratus daripada peserta didapati terdedah kepada tahap bunyi bising yang tidak selamat di tempat-tempat hiburan seperti konsert atau kelab malam.

    Menggabungkan dapatan tersebut, kajian menganggarkan antara 670,000 hingga 1.35 bilion orang muda mungkin berisiko kehilangan pendengaran. Jurang yang besar itu sebahagiannya disebabkan sesetengah orang muda mungkin berisiko daripada kedua-dua faktor, kata Lauren Dillard, pakar audiologi di Universiti Perubatan Carolina Selatan dan pengarang pertama kajian itu.

    Dillard memberitahu AFP bahawa cara terbaik untuk mengurangkan risiko kehilangan pendengaran daripada penggunaan fon kepala ialah dengan merendahkan suara dan mendengar untuk tempoh yang singkat.

    “Malangnya, orang ramai suka mendengar muzik dengan terlalu nyaring,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...