Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    1 bilion pil methamphetamine dirampas tahun lalu

    BANGKOK, 30 MEI – Sebanyak satu bilion pil methamphetamine dirampas di Timur dan Asia Tenggara tahun lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, dengan kumpulan penjenayah mengeksploitasi pandemik COVID dan ketidakstabilan dalam rampasan kuasa di Myanmar untuk meningkatkan aktiviti mereka.

    Kawasan Asia Tenggara yang digelar sebagai Segitiga Emas sudah lama terkenal sebagai tumpuan bagi aktiviti penyeludupan dadah, dengan kawalan keselamatan sempadan Myanmar, Laos dan Thailand yang longgar membolehkan bahan-bahan terlarang mudah di-seludup masuk.

    Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) berkata pihak penguat kuasa undang-undang merampas hampir 172 tan methamphetamine – kira-kira tujuh kali lebih banyak berbanding satu dekad lalu – dan peningkatan bekalan itu menyebabkan penurunan harga jualan di pasaran Thailand dan Malaysia jatuh ke paras terendah sepanjang masa.

    “Skala dan jangkauan perdagangan methamphetamine dan dadah sintetik di Asia Timur dan Tenggara sangat mengejutkan,” kata Jeremy Douglas dari UNDOC dalam kenyataan. Dia berkata sindiket jenayah dan kumpulan bersenjata mengambil kesempatan ketidakstabilan politik di rantau itu dan pandemik untuk meraih keuntungan.

    “Kumpulan penjenayah mempunyai bahan yang mencukupi untuk terus mengembangkan perniagaan mereka,” katanya, dan menambah mereka mempunyai ‘populasi besar-besaran dengan kuasa berbelanja yang disasarkan.”

    Kavinvadee Suppapongtevasakul, penganalisis dadah sintetik serantau UNODC bagi program SMART global, berkata kejatuhan harga dadah telah menjadikannya ‘lebih mudah didapatkan dan tersedia untuk mereka yang kurang mampu mendapatnya sebelum ini’. – AFP

    Polis Thailand berdiri di hadapan paket berisi methamphetamine yang ditayangkan semasa sidang media biro pencegahan narkotik di Bangkok pada 15 Julai 2019. Sebanyak satu bilion pil methamphetamine dirampas di Timur dan Asia Tenggara tahun lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...