1 kematian dilapor selepas seminggu

KUALA LUMPUR, 26 JULAI – Selepas genap seminggu, Malaysia kembali mencatatkan satu kes kematian akibat jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kepada 124 kes, setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu terdapat 13 kes baharu dilaporkan, menjadikan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 8,897 kes.

Katanya, kes kematian itu melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia (kes ke-8743) berumur 63 tahun, mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia.

“Beliau mempunyai gejala demam dan batuk pada 3 Julai, dan mendapat rawatan pada 9 Julai. Beliau dirujuk ke Hospital Umum Kuching pada hari sama untuk rawatan lanjut, dan ujian COVID-19 didapati positif. – Bernama