Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 kes baharu, ujian virus cecah 100,000

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Negara Brunei Darussalam hari ini mencatatkan satu kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan kes keseluruhan di negara ini kepada 186 orang.

    Kes 186 ialah seorang lelaki berumur 38 tahun yang tiba ke negara ini dari India pada 12 Februari 2021 dengan menaiki Penerbangan Diraja Brunei BI4112.

    Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan melalui siaran akhbar situasi terkini jangkitan COVID-19 di negara ini, pengesanan kontak telah mendapati tidak ada kontak terdekat bagi kes tersebut memandangkan beliau telah dikuarantin sebaik sahaja tiba ke negara ini.

    Sementara keseluruhan pengendalian perjalanan semasa ketibaan dan pengasingan diri kes 186 tersebut telah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada. Pada masa ini, kes berkenaan sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, menjadikan kes aktif kepada dua orang dan kini berada dalam keadaan baik.

    Kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 ialah pada 6 Mei 2020 (296 hari yang lalu), di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah sebanyak 45 kes. Sementara itu sejumlah 760 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah 13,552 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

    Manakala dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 741 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 100,667 ujian.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda