Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 kes positif COVID meninggal dunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Satu lagi kes yang disahkan positif COVID di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia dalam masa 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah kematian secara keseluruhan kepada 87.

    Kes tersebut telah menerima dua dos vaksin dan dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Di kesempatan itu, Yang Berhormat Dato mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

    “Semoga keluarga mendiang diberikan kesabaran dalam menghadapi pemergiannya,” ujarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda