Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Hanya satu pelanggaran arahan telah dikesan semalam semasa Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara bermula 10 malam hingga 4 pagi tadi dan pesalah telah dikenakan denda kompaun.
“Hanya satu kesalahan berkenaan adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah dilaporkan,” jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.
Manakala itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya menyatakan, kesalahan berkenaan didapati di Daerah Brunei dan Muara.