MANILA, 6 NOV – Satu kejadian bas meletup yang berlaku di selatan Filipina meragut satu jiwa dan mencederakan 11 lainnya hari ini, menurut jurucakap tentera.
Mejar Jeneral Roy Galido, komander Divisyen Infantri Keenam Tentera, berkata letupan tersebut dipercayai daripada bahan letupan buatan sendiri, meletup sekitar 11:30 pagi waktu tempatan ketika dalam perjalanan ke barat daya dari Bandar Kidapawan ke Bandar Tacurong di pulau Mindanao.
Leftenan Kolonel Dennis Almorato dari divisyen sama mengesahkan mengenai seorang lelaki terkorban semasa kejadian disebabkan oleh kecederaan kaki. Dia menambah penumpang yang mengalami kecederaan telah di bawa ke hospital tempatan.
Siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan, katanya.
Galido menambah bahawa pihak tentera mengarahkan polis wilayah untuk menyiasat sama ada penyerang adalah sebahagian daripada aktiviti kumpulan penjenayah di kawasan itu.
Selain itu, Galido turut mengongsikan bahawa syarikat bas terbabit sebelum ini menerima ancaman bom.
Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Pada Mei tahun lalu, bahan letupan buatan sendiri memusnahkan bahagian belakang sebuah bas dari syarikat yang sama, menyebabkan dua orang tercedera. – Xinhua