BANGKOK, 31 JULAI – Letupan bom di bahagian tenggara Myanmar telah menyebabkan seorang terbunuh manakala 12 lagi cedera hari ini, menurut pegawai.
Pegawai kerajaan daripada majlis pentadbiran Negeri Karen memberitahu AFP, letupan berlaku dari sebuah kereta yang diletupkan dekat pusat pemeriksaan jambatan Thanlwin sekitar jam 6:50.
“Seramai 13 orang termasuk penumpang dan anggota keselamatan cedera,” katanya, meminta untuk dirahsiakan.
“Seorang daripada mereka meninggal dunia di hospital akibat kecederaan tersebut.” – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P10-4-Freepik_01082023.jpg)