CHANGSHA (China), 30 MAC – Sebuah kereta api penumpang tergelincir di wilayah Hunan, China pada Isnin, meragut satu nyawa dan mencederakan lebih 20 orang, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
Nahas berlaku di daerah Yongxing, Chenzhou, pukul 11.40 pagi ketika kereta api itu dalam perjalanan dari bandar Jinan, di timur wilayah Shandong menuju ke Guangzhou di wilayah Guangdong, menurut China Railway Guangzhou Group Co. Ltd. Siasatan awal mendapati nahas berpunca daripada tanah runtuh akibat hujan berterusan sejak beberapa hari kebelakangan ini. Kerja-kerja menyelamat dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – Bernama