Wednesday, January 15, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 maut, 200 dipindahkan akibat kebakaran di Manila

    MANILA, 8 OGOS – Seorang lelaki berusia 69 tahun yang menghidap penyakit Alzheimer telah meninggal dunia dalam kebakaran yang melanda kawasan perumahan di ibu negara Filipina, kata Biro Perlindungan Kebakaran hari ini.

    Biro itu berkata bahawa kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 5:30 petang waktu tempatan di sebuah daerah di Bandar Manila, kelmarin, dengan pantas menyambar sekurang-kurangnya 20 rumah, menyebabkan 50 buah keluarga daripada 200 penduduk dipindahkan.

    Biro itu menambah bahawa anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengawal api.

    Punca kebakaran masih dalam siasatan. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda