Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 maut, 23 cedera dalam insiden letupan di sekolah

    YANGON, 5 JUN – Seorang kanak-kanak maut manakala 23 lagi cedera dalam letupan di sebuah sekolah rendah di wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar kelmarin, lapor Xinhua.

    Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 12:40 tengah hari waktu tempatan di bandar Dawei.

    Sebutir bom yang ditinggalkan oleh pengganas semasa serangan sebelum ini ditemukan oleh pelajar semasa membersihkan kawasan sekolah sebelum membawanya kepada guru.

    Bagaimanapun, bom itu terjatuh dan meletup menyebabkan seorang pelajar maut dan mencederakan 22 yang lain serta penjaga seorang pelajar.

    Mereka yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda