Wednesday, February 12, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan pertembungan dua jet

    LOS ANGELES, 11 FEB – Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga lagi dimasukkan ke hospital selepas insiden dua jet berlanggar di landasan Lapangan Terbang Scottsdale di negeri Arizona, barat daya Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa dan media tempatan, kelmarin.

    Menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat, sebuah pesawat Learjet 35A terbabas dari landasan selepas mendarat dan melanggar jet perniagaan ‘Gulfstream 200’ yang berada di kawasan lapangan terbang Scottsdale.

    Agensi yang bertanggungjawab mengawal selia penerbangan awam di negara itu memaklumkan bahawa jumlah sebenar penumpang dalam kedua-dua pesawat masih belum diketahui. – Bernama

    Sebuah jet yang terhempas terletak di sebelah sebuah pesawat yang bertembung dengannya, sementara sebuah kenderaan Jabatan Bomba Lapangan Terbang Scottsdale kelihatan berdekatan di Lapangan Terbang Scottsdale pada 10 Februari, di Scottsdale, Arizona. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda