Sunday, July 7, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    1 maut, 5 cedera dalam serangan perkahwinan di Perancis

    THIONVILLE, 1 JULAI – Seorang terbunuh dan lima lagi cedera di timur laut Perancis apabila beberapa lelaki bersenjata bertopeng melepaskan tembakan pada majlis perkahwinan, kata sumber polis kelmarin.

    Sumber-sumber menyatakan bahawa serangan di bandar timur laut Thionville dikaitkan dengan penyelesaian hutang antara pengedar dadah.

    Tembakan berlaku di sebuah dewan resepsi pada malam Sabtu hingga kelmarin, dengan kira-kira 100 orang yang hadir.

    Dua orang cedera parah dan seorang daripadanya dalam keadaan kritikal.

    Pelaku tembakan telah melarikan diri dari tempat kejadian.

    Gambar Freepik

    “Tembakan itu berlaku semasa majlis perkahwinan,” kata sumber polis.

    “Pada pukul satu suku pagi, sekumpulan orang keluar untuk merokok di hadapan dewan dan kemudian tiga lelaki bersenjata lengkap tiba dan melepaskan tembakan ke arah mereka.”

    Penyerang tiba dengan sebuah kenderaan 4X4, “mungkin sebuah BMW”, kata sumber itu.

    Tidak jelas dari mana datangnya kenderaan itu. Thionville terletak berhampiran dengan sempadan Luxembourg dan Jerman.

    Anggota penguatkuasa undang-undang percaya bahawa penyelesaian hutang yang berkaitan dengan pengedaran dadah adalah punca di sebalik keganasan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...