Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    1 maut, 6 cedera dalam pengeboman bas

    COTABATO, FILIPINA, 11 JAN – Seorang kanak-kanak dan enam yang lain cedera selepas sebutir bom meletup dalam sebuah bas awam di selatan Filipina yang dicengkam pengganasan hari ini, pihak berkuasa berkata, tetapi tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab.

    Polis berkata letupan berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Bandar Cotabato di pulau Mindanao, tempat perlindungan bagi beberapa kumpulan bersenjata daripada pemberontak komunis hingga militan pelampau.

    Bom berkenaan terletak “di dalam bas, di bahagian paling hujung… di mana terdapat ramai orang duduk,” kata Ketua Master Sarjan Randy Hampac, jurucakap polis di pekan Aleosan.

    Seorang budak lelaki berusia lima tahun terbunuh, sementara tu enam yang lain cedera dalam letupan itu yang memusnahkan tingkap-tingkap, kata Hampac.

    Mangsa cedera termasuk anak damit berusia lima bulan dan kanak-kanak tiga tahun. Satu laporan polis menyatakan bahawa salah seorang mangsa melihat seorang penumpang lelaki meninggalkan ‘bagasi’ apabila dia turun dari bas itu dan ia kemudian meletup.

    “Ini adalah kali pertama ia berlaku di pekan kami,” Hampac berkata. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...