Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 maut, 8 cedera serangan pisau di Perancis

    LYON, 1 SEPT – Seorang lelaki bersenjatakan pencucuk daging dan pisau mengamuk di bandar Lyon, Perancis kelmarin hingga mengorbankan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dan lapan mangsa lain cedera termasuk tiga daripadanya dalam keadaan kritikal.

    Sumber polis mengatakan dalang pelakunya adalah seorang pencari perlindungan warga Afghanistan. Seorang saksi di Villeurbanne, sub bandar Lyon, menyifatkan serangan itu gila.

    “Ada seorang lelaki di perhentian bas yang mula mengacu-acukan pisau tidak tentu arah,” kata seorang wanita muda yang pakaiannya berlumuran darah.

    “Dia sempat mengelar dan menikam perut seseorang,” ujarnya.

    “Dia juga menikam seorang lelaki di kepala, mengelar telinga seorang wanita dan wanita itu maut di perhentian bas, tiada sesiapa yang datang membantu,” tambahnya sambil menangis.

    Daripada lapan yang cedera dalam serangan itu, tiga dalam keadaan kritikal, kata pejabat pendakwa. Paramedik merawat 20 yang lain di tempat kejadian akibat kekejutan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda