MANILA, 26 JULAI – Pergaduhan berkumpulan yang tercetus malam tadi di sebuah penjara utama di Manila, ibu negara Filipina mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang banduan maut, manakala sembilan lagi cedera, kata seorang pegawai penjara hari ini.
Timbalan ketua pengarah operasi Biro Pembetulan, Angelina Bautista berkata tahanan di penjara New Bilibid telah menyelesaikan konflik sebelum seorang banduan menarik pistol dan mula melepaskan tembakan secara rambang, mengenai banduan, lapor Xinhua.
Seorang banduan ditikam dengan alat pemecah ais dan maut di tengah-tengah kekecohan itu, katanya, sambil menambah pegawai menjumpai sepucuk pistol kaliber 45 yang mengandungi 12 butir peluru di tempat kejadian. – Bernama
