Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 maut, tiga cedera bas mini meletup

    KABUL, 5 MEI – Sebuah bas mini membawa pekerja kesihatan meletup di kawasan Kalakan di pinggir bandar Kabul, Afghanistan pada Rabu menyebabkan seorang terbunuh dan tiga yang lain cedera, kata jurucakap polis Kabul Ferdaus Faramarz.

    “Kejadian ngeri yang meragut satu nyawa dan mencederakan tiga yang lain itu berlaku pada pukul 6:40 pagi waktu tempatan di daerah Kalakan,” kata Faramarz kepada agensi berita Xinhua.

    Tanpa memberikan butiran lanjut, pegawai itu berkata siasatan sedang dijalankan.

    Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Ini adalah serangan kedua yang menyasarkan kenderaan dalam tempoh dua hari. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda