Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 tuduhan pecah amanah, 14 gubah wang haram

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Seorang wanita dihadapkan di Mahkamah Perantaraan, hari ini, atas satu pertuduhan melakukan pecah amanah dan 14 pertuduhan penggubahan wang haram.

    Hajah Roziah binti Haji Talip, 51, didakwa menggelapkan wang $163,800.11 dari stesen minyak di Beribi antara 9 Januari hingga 4 September 2015, dan mengirim wang itu ke Malaysia dalam tarikh berasingan antara 3 April hingga 5 Jun 2015.

    Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni memberi tertuduh masa sehingga 20 November 2019 untuk mempertimbangkan pengakuannya.

    Bagi tuduhan pecah amanah, tertuduh berdepan hukuman sehingga 10 tahun penjara dan denda manakala untuk setiap tuduhan penggubahan wang haram membawa denda $500,000 dan maksimum 10 tahun penjara atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Amiriah binti Haji Ali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda