Thursday, May 1, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 ahli Pandu Puteri sertai program perkhemahan di M’sia

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 April – Seramai 10 orang ahli Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, hari ini, telah berlepas ke Pulau Pinang, Malaysia bagi menyertai Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Bandaraya Warisan George Town 2018 yang akan bermula esok hingga 8 April.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan ialah Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Viviyanti binti Haji Ali, penolong-penolong ketua pesuruhjaya, pesuruhjaya-pesuruhjaya dan ahli-ahli PPPBD.

    Sebelum berlepas, Doa Selamat dibacakan oleh Mejar (B) Awang Jaya bin Haji Metusin.

    Perkhemahan anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Pulau Pinang atau Persatuan Pandu Puteri Pulau Pinang yang akan diadakan di Taman Bandaraya George Town, Pulau Pinang.

    Penyertaan dua orang pemimpin dan lapan orang ahli Pandu Puteri berkenaan adalah atas pembiayaan sepenuhnya oleh PPPBD.

    Sesi bergambar ramai PPPBD di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Memimpin rombongan berkenaan ialah Pesuruhjaya Perhubungan Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Dayang Nasriah binti Awang Nasib dari Sekolah Menengah Sayyidina Hasan dan Hajah Nortelawati binti Haji Abu Bakar dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

    Ahli-ahli Pandu Puteri yang terpilih menyertai perkhemahan tersebut ialah Dayang Hasmadillah binti Harith dari Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, Dayang Nur Widadul Uzma binti Mohammad Alias dan Dayang Au Syakirah binti Mohd Jalani dari Sekolah Menengah Sayyidina Hasan dan Dayang Rahwani Farah Ain binti Kamsul serta Dayang Nurul Fathiah Bazilah binti Wira Sumanti dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

    Selain itu, Dayang Nur zahidah binti Abdul Hamid dan Dayang Nur Syukriah Najibah binti Shahminan dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Dayang Siti A’liyaah Atsilah binti Awang Jaya dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna turut menyertai rombongan dari Negara Brunei Darussalam.

    Penyertaan dalam perkhemahan di luar negeri berkenaan adalah sebagai penghargaan PPPBD kepada mereka yang merupakan insentif dan terbaik dalam Projek Jari-jari Hijau PPPBD dan ahli yang aktif dalam kegiatan yang diungkayahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda