Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Seramai 10 ahli Persekutuan Radio Amatur Negara Brunei Darussalam (BDARA) baru-baru ini dijemput untuk mengadakan Jerayawara di Program Perkhemahan Rekreasi yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Mau pada 29 November hingga 1 Disember lalu.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof.
Antara lain tujuan jerayawara diadakan adalah untuk memberikan penerangan lebih mendalam kepada para belia dan penduduk kampung tentang kepentingan radio amatur dan memperlihatkan peralatan yang digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan radio amatur di seluruh dunia.