Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    10 alat sukat, timbang di gerai perayaan gagal patuhi akta

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Daripada sebanyak 16 unit alat sukat dan timbang digunakan bagi tujuan perniagaan yang diperiksa oleh pegawai-pegawai yang bertugas, 10 daripadanya gagal mematuhi akta dan peraturan sukatan dan timbangan iaitu menggunakan alat timbangan yang belum berdaftar dan mansuh tempoh penggunaan.

              Dapatan berkenaan adalah hasil daripada lawatan pemeriksaan oleh Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) melalui Unit SDT di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) yang menjalankan operasi penguatkuasaan ke atas gerai-gerai jualan perayaan (bermusim) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 tahun, baru-baru ini.

    Pegawai-pegawai dari Unit SDT semasa menjalankan pemeriksaan di gerai perayaan. -Gambar serahan MOFE

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...