Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 bakal haji KHEDN terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya yang akan menunaikan fardu haji tahun 1445H/2024M telah menerima sumbangan pada Majlis Doa Selamat di Dewan Serbaguna, Tingkat 6, Bangunan KHEDN, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) di KHEDN, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan.

    Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk Semoga Ibadah Hajiku diterima yang disampaikan oleh Awang Mohammad Nasyith bin Superi selaku penceramah jemputan dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan.

    Turut hadir ialah setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Awang Abdul Walid semasa menghadiri majlis berkenaan selaku tetamu kehormat. – GAMBAR OLEH AZLAN OTHMAN
    Awang Mohammad Nasyith ketika menyampaikan ceramah pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH AZLAN OTHMAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda