SANAA, YAMAN, 12 OGOS – Hujan lebat yang melanda ibu negara Yaman, Sanaa baru-baru ini telah merobohkan 10 bangunan di Bandar Lama itu.
Sekurang-kurangnya 80 bangunan lain turut rosak dalam hujan dan memerlukan kerja-kerja pembaikan, kata pemberontak Huthi, yang telah mengawal Sanaa sejak meletusnya perang saudara di Yaman lebih daripada lapan tahun lalu.
Bandar Lama Sanaa adalah tapak Warisan Dunia UNESCO, dan kawasan itu dipercayai telah dihuni selama lebih dua milenium.
Seni binanya adalah unik, dengan tapak dan tingkat pertama dibina daripada batu, dan tingkat seterusnya daripada bata – dianggap antara bangunan pencakar langit pertama di dunia. – AP