Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 disenarai dalam Alert List BDCB

    Oleh Nurdiyanah R

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Sebanyak 10 syarikat atau individu yang telah dimasukkan ke dalam pengemaskinian Alert List Brunei Darussalam Central Bank (BDCB).

    BDCB dalam kenyataannya menyatakan Alert List BDCB merupakan senarai entiti-entiti (iaitu syarikat dan individu) yang berdasarkan maklumat tersedia kepada BDCB pada masa penerbitan, mungkin atau berkemungkinan telah disalah anggap sebagai dilesenkan atau diberi kebenaran/kelulusan atau dikawal selia oleh BDCB.

    Senarai tersebut adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh BDCB terhadap aktiviti-aktiviti entiti berkenaan.

    Sehubungan dengan itu, BDCB menasihatkan orang ramai supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen dan sentiasa berwaspada terhadap syarikat atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan, terutamanya yang berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.

    Antara perkhidmatan-perkhidmatan kewangan di bawah bidang kuasa BDCB adalah penukaran wang, pengiriman wang dan pinjaman wang.

    Orang ramai juga diingatkan, perlindungan di bawah rangka kerja penyeliaan BDCB tidak dapat diberikan kepada sesiapa yang memilih untuk berurusan dengan syarikat atau individu yang tidak dilesen atau dikawal selia.

    Orang ramai juga boleh melayari laman web BDCB di www.bdcb.gov.bn atau lnstagram BDCB @centralbank.brunei untuk maklumat lanjut mengenai bahaya entiti kewangan tidak berlesen serta cara-cara mengenal pasti penipuan kewangan.

    BDCB akan terus mementingkan kestabilan kewangan Negara Brunei Darussalam dan mengutamakan perlindungan sistem kewangan dan kepentingan pengguna kewangan di Negara Brunei Darussalam.

    Jabatan itu juga akan terus memantau sebarang aktiviti kewangan yang mencurigakan atau tidak berlesen di Negara Brunei Darussalam.

    Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti yang tidak berlesen, sila hubungi BDCB melalui talian 2380007 atau 8380007 atau e-mel melalui fci@bdcb.gov.bn.

    Alert List BDCB yang telah dikemaskinikan boleh didapati di laman web BDCB.

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda