Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 ejen pelancongan dihargai

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Sepuluh agensi pelancongan yang mencatat prestasi terbaik bagi tahun 2022/2023 telah diiktiraf pada majlis makan malam penghargaan yang dianjurkan oleh Sabre Travel Network (Brunei) di Kompleks Impiana Jaya, Kampung Kiulap.

    Acara itu juga meraikan Ulang Tahun ke-8 Sabre Brunei dengan pelanggan dan rakan kongsi dari seluruh industri pelancongan.

    Lebih 180 tetamu termasuk wakil pemegang saham Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan Sabre, bersama rakan industri Bank Baiduri, Cityneon Brunei, Lembaga Pelancongan Malaysia, Singapore Airlines, Takaful Brunei Am dan lainnya.

    “Kami gembira untuk menyertai bersama pelanggan dan rakan kongsi kami, bukan sahaja untuk meraikan pencapaian tetapi juga menunjukkan penghargaan kami atas sokongan berterusan mereka,” kata Pengurus Besar Sabre Travel Network Brunei, Awang Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman.

    “Peralihan yang berjaya untuk semua pelanggan PowerSuite kepada PowerSuite Cloud dalam pasaran itu merupakan salah satu peristiwa penting yang dicapai. Kami berterima kasih kepada pelanggan PowerSuite atas sokongan mereka semasa peralihan ini,” tambah Awang Abdul Halim.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada malam itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif RB dan Pengerusi Sabre Travel Network Brunei, Kapten Sabirin bin Abdul Hamid, yang menyampaikan Anugerah Ejen Pelancongan Teratas kepada 10 agensi pelancongan dari Brunei.

    Tempat pertama dimenangi oleh Pan Bright Travel Service Sdn Bhd, Kuala Belait; tempat kedua Anthony Tours & Travel Agency Sdn Bhd; tempat ketiga Freme Travel Services Sdn Bhd, BSB; tempat keempat Pan Bright Travel Service Sdn Bhd, BSB; tempat kelima Southern Cross Travel Agencies Sdn Bhd, BSB; tempat keenam JJ Tour Service (B) Sdn Bhd, BSB; tempat ketujuh Southern Cross Travel Agencies Sdn Bhd, Manggis; tempat Kelapan – Darussalam Services Sdn Bhd; tempat kesembilan Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd dan tempat ke-10 Ken Travel & Trading Sdn Bhd.

    Kapten Sabirin bergambar ramai bersama penerima anugerah pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN SABRE TRAVEL NETWORK BRUNEI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda