Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Syarikat Grand Motors Sdn Bhd iaitu pengedar eksklusif kenderaan Kia di Brunei telah mengumumkan 10 finalis yang telah disenarai pendek dalam promosi Hari Raya Reward.
Kempen perkhidmatan penyelenggaraan tajaan Total Energies telah berlangsung dari 1 Februari hingga 30 April dan sesi cabutan nama bertuah berkenaan telah yang diadakan di Bilik Persidangan Kia, Perindustrian Beribi II hari ini.
10 finalis yang diumumkan berpeluang memenangi hadiah-hadiah termasuk telefon pintar Iphone 16 pro max, laptop Asus vivo book 14 inci, tablet Samsung Tab A9 plus 11 inci, tablet Honor pad x9 11 inci.
Manakala lima ke 10 pemenang juga berpeluang membawa pulang pengering rambut Laifen Swift Premium.
10 pelanggan bertuah yang telah disenarai pendek tersebut akan dihubungi untuk tindakan lanjut.
Cabutan utama pula akan diadakan pada Jumaat, 9 Mei nanti di mana pemenang-pemenang akan diumumkan.
Sepanjang promosi berlangsung, lebih 4348 pelanggan telah menyertai promosi berkenaan menunjukkan sokongan yang kuat dan minat yang tinggi terhadap kenderaan Kia di pasaran tempatan.
Sesi cabutan nama bertuah berkenaan dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Grand Motors, Pengiran Haji Abdul Qahar Bin PSD Major Jeneral (Bersara) Pg Haji Ibnu Basit; Pengarah Urusan LUB Enterprise, Hendry Ang; wakil daripada Syarikat Grand Motors dan juga ahli-ahli media.
Grand Motors mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan berterusan mereka dan berharap untuk meraikan bersama pemenang-pemenang.
Semua di atas: Antara suasana semasa sesi cabutan berkenaan.