Warga emas mempunyai banyak masa terluang memandangkan mereka sama ada telah bersara daripada pekerjaan, tidak bekerja atau tinggal bersendirian atau ada yang masih tinggal bersama keluarga.
Walau bagaimanapun, untuk memastikan masa mereka terisi dengan baik dan menghilangkan kebosanan, berikut adalah antara 10 hobi yang boleh dimanfaatkan oleh warga emas untuk mengisi masa lapang mereka sekali gus memastikan mereka kekal aktif, sihat dan gembira;
Berkebun
Berkebun adalah hobi yang santai dan dapat memberikan banyak manfaat bagi kesihatan warga emas. Mereka boleh menanam sayur-sayuran atau bunga, yang dapat meningkatkan aktiviti fizikal, mengurangkan tekanan dan memberikan ketenangan.
Seni dan kraf
Hobi seni dan kraf seperti melukis, menghasilkan patung atau membuat quilt dapat meningkatkan kreativiti warga emas. Hobi ini juga dapat membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan menjaga kesihatan mental warga emas.
Buku dan perpustakaan
Membaca mampu memastikan warga emas kekal sihat minda dan fizikal, bermanfaat dan memudahkan mereka bergaul dengan orang ramai semasa berkunjung ke perpustakaan atau membaca buku di rumah untuk mengurangkan tekanan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/02/P20-D_24022023.jpg)
Muzik
Mendengar muzik atau belajar bermain alat muzik seperti piano atau gitar boleh membawa keseronokan kepada warga emas. Mereka juga boleh mengimbau zaman muda melalui alat-alat muzik atau memainkan muzik yang pernah mereka kenali satu masa dulu, sekali gus boleh mengelakkan Alzheimer.
Kerja-kerja kemasyarakatan
Menyumbang kepada masyarakat seperti menjadi sukarelawan di rumah perlindungan haiwan atau pusat kebajikan dapat memberikan rasa kepuasan dalam membantu orang lain. Bagi warga emas beragama Islam pula, mereka juga boleh melakukan kerja-kerja kemasyarakatan di rumah ibadah, sekali gus memastikan mereka merasa berguna dan dekat dengan penciptaNya.
Menjahit dan menyulam
Menjahit dan menyulam adalah hobi yang santai dan dapat memberikan keseronokan jika dibuat secara berkumpulan serta mengasah kemahiran tangan. Ia juga membantu warga emas membuat pakaian atau barang hiasan sendiri.
Memasak
Memasak adalah hobi yang dapat meningkatkan kreativiti dan sikap berdikari. Warga emas boleh memasak hidangan yang sihat dan enak untuk diri sendiri atau keluarga, dan ini dapat membantu menjaga kesihatan dan keseimbangan nutrisi.
Permainan papan
Bermain permainan papan seperti catur, dam, atau backgammon dapat mencetuskan kegembiraan dan meningkatkan interaksi sosial dengan orang lain di sekeliling mereka.
Jalan-jalan
Melakukan perjalanan ke tempat-tempat baharu bersama rombongan bukan sahaja menyeronokkan, malah mempunyai manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental warga emas.
Fotografi
Fotografi merupakan hobi yang boleh membantu warga emas mengasah kemahiran merakam gambar, memperbaiki keadaan mental dan memori mereka. – Agensi