Wednesday, March 26, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 ibu tunggal, keluarga terima bantuan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – 10 orang dari golongan ibu tunggal dan keluarga yang kurang berkemampuan, di Kampung Berserumpun Kawasan 4, RPN Kampung Panchor, Mukim Mentiri, telah menerima sumbangan dari Helping Hearts Charity Society (HHCS) baru-baru ini.    

    Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di kediaman Ketua Kampung Kawasan 4, Faidil Rosemady bin Mohamad dan disampaikan oleh Presiden HHCS, Bastine Paul bersama dengan ahli-ahlinya.

    Di majlis itu, Bastine Paul ketika di temui antara lain menjelaskan bahawa pengagihan sumbangan ini telah dilaksanakan sejak tiga tahun yang lalu, yang mana pada tahun 2024, sumbangan sedemikian telah menyasarkan golongan di Kampung Junjungan.

    Beliau turut berharap dengan sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada penerima dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri nanti.

    Sementara temu bual media dengan salah seorang penerima yang merupakan ibu tunggal, Susi Susantri binti Yusup, melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan serta menyatakan bahawa sumbangan yang diterima bukan sahaja digunakan untuk keperluan Syawal bahkan untuk keperluan harian. 

    Presiden HHCS, Bastine Paul menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
     Gambar beramai penerima dengan Bastine Paul, Ketua Kampung dan ahli HHCS.         

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda