Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 kelengkapan wajib untuk berkebun

    UNTUK menjadi seorang pekebun yang berjaya, kita perlulah ada alatan yang sesuai untuk berkebun. Ini bagi memudahkan tugas kita apabila kita sedang berkebun.

    Setiap pekebun ada peralatan yang digemari untuk digunakan semasa aktiviti berkebun berlangsung. Di sini dikongsikan 10 peralatan berkebun asas wajib ada jika anda ingin berkebun.

    1. Sudip tangan

    Sudip tangan amat sesuai untuk penanaman tanaman kecil seperti herba dan sayur. Ia juga sesuai untuk penanaman dalam pasu, membuang rumpai dan mencampurkan tanah untuk pasu. Jika anda mempunyai wang lebih, seeloknya belilah sudip tangan keluli tahan karat. Ia tahan lasak dan selalunya tempat pemegang yang selesa.

    2. Penggembur tangan

    Ia amat sesuai untuk menggembur tanah keliling pokok kecil, tanah untuk penanam anak benih dan membuang rumpai kecil. Model besi tahan karat amat sesuai digunakan kerana ia tahan lama dan sesuai untuk mengorek tanah yang keras.

    Topi kebun boleh jadi topi jerami atau topi kepala. Ia mengikut kesesuaian orang. Pentingnya bagi melindungi kepala dari terik panas matahari dan memudahkan kerja. – Gambar hiasan
    Kacip atau sekateur amat berguna di kebun atau taman untuk mencantas dan membuang ranting mati, membentuk rupa pokok dan menuai tanaman.

    3. Sekateur atau Kacip

    Ia amat berguna di kebun atau taman untuk mencantas dan membuang ranting mati, membentuk rupa pokok, dan menuai tanaman. Sepasang sekateur boleh menjadi mahal mengikut jenis dan kualiti. Cari sekateur yang boleh dileraikan untuk kemudahan pembasuhan dan pengasahan. Pastikan juga ia selesa dengan pegangan tangan anda kerana anda akan kerap kali menggunakannya untuk mencantas di kebun anda.

    4. Pisau cantuman tunas

    Ia digunakan untuk membuat cantuman dan menuai tanaman sebagai ganti kepada sekateur.

    5. Pencungkil rumpai

    Ia nampak kecil tapi jangan dipandang rendah kemampuannya, ia membantu anda membuang rumpai di kebun anda.

    6. Penyiram (watering can atau pot)

    Ini penting jika kebun anda berada jauh dari sumber air. Jika tak pun, ia boleh menjimatkan penggunaan air di rumah anda.

    7. Cangkul

    Setiap pekebun wajib ada cangkul! Memang ada yang berkata pada zaman ini mesin menguasai semuanya, tetapi itu untuk skala besar. Bagi skala kecil bagi pekebun di rumah, cangkul penting untuk menggembur, merata dan memecahkan tanah, membuat batas, membuang rumpai dan membuat lubang untuk tanam anak pokok.

    8. Penggembur atau cangkul tiga mata

    Selepas mencangkul, kita perlu juga menggembur tanah. Penggunaan cangkul tiga mata atau penggembur amat sesuai selepas kawasan penanam dibentuk dengan cangkul.

    9. Topi kebun

    Topi kebun boleh jadi topi jerami atau topi kepala. Ia mengikut kesesuaian orang. Pentingnya topi kebun bagi melindungi kepala daripada terik panas matahari dan memudahkan kerja.

    10. Sarung tangan

    Ia penting bagi melindungi tangan daripada sebarang kecederaan semasa berkebun. Sarung tangan kain amat sesuai digunakan. Ia dapat elak tapak tangan daripada melecur semasa aktiviti mencangkul berlangsung.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda