Sunday, February 16, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 keluarga terima bantuan barang keperluan

    Oleh Muiz Matdani –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Sempena bulan Ramadan ini, warga Sekolah Menengah Berakas (SMB) menjalankan Program Ta’awun Fii Ramadan ke rumah penuntut-penuntut terpilih baru-baru ini.

    Program yang diadakan pada cuti sekolah bulan Ramadan itu telah diketuai oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran, Awang Rosman bin Haji Kasah; dan Timbalan Pengetua Akademik Awang Mohd Saiful Azhar bin Moksin, serta guru-guru dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

    Pada tahun ini, seramai 17 orang penuntut terdiri dari 10 buah keluarga dipilih menerima bantuan barang keperluan untuk membantu meringankan beban dan mencukupkan keperluan perbelanjaan ahli keluarga penuntut-penuntut SMB serta menceriakan lagi suasana semasa bulan Ramadan dan hari raya yang akan menjelang.

    Warga SMB yang mengambil bahagian dalam program tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN SMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda