Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Sebanyak 10 buah agensi pelancongan telah diberikan kebenaran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Urusan Haji untuk mengendalikan perkhidmatan pakej haji dan umrah (menggunakan visa umrah) bagi tempoh tiga tahun, iaitu bermula dari tahun 1446 Hijrah hingga 1448 Hijrah.
Agensi-agensi pelancongan berkenaan ialah Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn Bhd; Syarikat As-Safa Travel & Tours Sdn Bhd; Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd; Syarikat Balurih Travel Sdn Bhd; Syarikat Continental Yachting Sdn Bhd; Syarikat Dar El Ehsan Travel Sdn Bhd; Syarikat Darussalam Services Sdn Bhd; Syarikat Raudah Al-Amin Sdn Bhd; Syarikat Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd dan Syarikat Titian Travel & Tours Sdn Bhd.
Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat haji dan umrah (menggunakan visa umrah) adalah dikehendaki mengikuti dan menghubungi agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan tersebut.