Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 lagi kedai fesyen CHAPS akan dibuka di M’sia

    KUALA LUMPUR, 8 Feb – Luen Thai Retail Malaysia Sdn Bhd, yang mengendalikan rangkaian kedai fesyen berpangkalan di Amerika Syarikat, CHAPS di Malaysia, menyasarkan untuk membuka tujuh hingga 10 buah kedai runcit di seluruh negara menjelang akhir tahun.

    Rangkaian kedai runcit itu, yang terletak di bawah Luen Thai Enterprises yang berpangkalan di Hong Kong, merupakan jenama yang diwujudkan oleh pereka fesyen Amerika yang terkenal, Ralph Lauren yang menawarkan gaya Amerika klasik.

    Ketua Pegawai Eksekutif Luen Thai Enterprises, Willie Tan, berkata pembukaan kedai fesyen di Pavilion Elite di sini adalah kedai CHAPS pertama di Asia Tenggara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda