Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 lagi keluarga mualaf terima infak

    Oleh Yusrin Junaidi –

    TUTONG, 4 MAC – Penyerahan infak berupa makanan asasi melalui Projek Fathul Barakah 5.0 dan penyerahan Buku Panduan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir (Siri Bimbingan Mualaf) dan Ratib Al-Attas (Siri Bimbingan Mualaf) kepada 10 buah keluarga mualaf diteruskan lagi di Kampung Kuala Ungar, Mukim Rambai, Daerah Tutong pagi tadi.

    Majlis anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dengan kerjasama Unit Dakwah Daerah Tutong serta Persatuan Saudara-saudara Baharu Negara Brunei Darussalam itu dihadiri oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Haji Azman bin Haji Musa, selaku ketua rombongan.

    Projek Fathul Barakah 5.0 adalah usaha dan inisiatif PDI dengan kerjasama Persatuan Saudara-saudara Baharu Negara Brunei Darussalam bertujuan memberikan peluang kepada orang ramai dalam sama-sama memberikan infak jariah berupa makanan asasi untuk disumbangkan kepada asnaf mualaf yang memerlukan.

    Ia juga untuk meringankan beban para mualaf dalam membuat persiapan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dengan selesa dan sempurna.

    Turut hadir, Awang Muhammad Nursyukriwan bin Abdullah Napir mewakili Yang Dipertua Persatuan Saudara Baharu Daerah Tutong (PESATU).

    Antara keluarga mualaf yang turut menerima infak menerusi projek tersebut. – GAMBAR SERAHAN PDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda