Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 mati ditembak

    JOHANNESBURG, 3 FEB – Sepuluh orang terbunuh selepas lelaki bersenjata menyerbu dua pekan di wilayah Cape, Afrika Selatan, menurut polis semalam.

    Kes pertama berlaku kira-kira 8 malam Rabu di pekan Bityi apabila lelaki bersenjata menyerbu sebuah rumah dan membunuh tiga orang, lapor agensi Anadolu.

    Pihak berkuasa berkata kes kedua berlaku hampir tengah malam apabila lelaki bersenjata memasuki pekan Qunu dan melepaskan tembakan ke arah tujuh orang.

    Mangsa yang maut termasuk empat lelaki dan tiga wanita berusia antara 32 dan 46 tahun, menurut polis. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda