Tuesday, May 7, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    10 maut, 23 cedera rusuhan di papua

    JAKARTA, 24 FEB – Indonesia telah mengerahkan pasukan keselamatan ke sebuah bandar di wilayah timur Papua yang terpisah, selepas 10 orang terbunuh semasa rusuhan yang dicetuskan oleh khabar angin mengenai penculikan kanak-kanak, kata pegawai hari ini.

    Penduduk tempatan yang marah di bandar Wamena menyerang polis dengan batu dan anak panah kelmarin, percaya mereka menahan penculik seorang gadis muda, jurucakap polis wilayah Papua, Ignatius Benny Ady Prabowo memberitahu AFP.

    Polis bertindak balas dengan tembakan maut, membunuh lapan orang, kata pegawai itu, sambil menambah bahawa 23 yang lain cedera dalam rusuhan itu dan dua dibunuh oleh perusuh.

    “Kumpulan perusuh, yang semakin anarkis, tidak mahu mendengar cakap pihak berkuasa dan tidak mahu bersurai apabila diberi tembakan amaran, malah menyerang pihak berkuasa dengan anak panah,” kata Prabowo.

    “Perusuh-perusuh membakar 12 kedai dan sebuah rumah. Beberapa buah kereta dan motosikal turut dibakar.”

    Sekurang-kurangnya 100 orang anggota pasukan keselamatan dihantar dari ibu kota wilayah Jayapura untuk menghentikan rusuhan itu ketika keadaan semakin meruncing, kata Prabowo.

    Ibu bapa kanak-kanak itu pula telah mengisytiharkan dia selamat, tambahnya.

    “Ibu bapa berkenaan… menyatakan tiada penculikan anak mereka,” katanya.
    “Keadaan terkawal.”

    Tentera dan polis Indonesia telah lama dituduh melakukan kekejaman terhadap orang awam Papua semasa pemberontakan berdekad lamanya menuntut kemerdekaan bagi wilayah kaya mineral itu. – AFP

    Gambar bertarikh 23 Februari menunjukkan pegawai-pegawai polis mengiringi orang awam di Wamena. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...