Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 maut, 6 cedera petir landa Punjab

    ISLAMABAD, 26 JUN – Sepuluh orang terbunuh manakala enam lagi cedera selepas petir melanda sebahagian wilayah timur Punjab di Pakistan, kelmarin. 

    Insiden itu berlaku di daerah Sheikhupura dan Narowal selepas hujan lebat, lapor Xinhua memetik pertubuhan kerajaan Rescue 1122. 

    Menerusi akaun Twitter kelmarin, Menteri Perubahan Iklim Sherry Rehman berkata hujan sebelum monsun diramalkan di seluruh negara sehingga 30 Jun yang akan mencetuskan angin kencang, guruh serta hujan lebat di kebanyakan bandar di Punjab.

    Beliau berkata hujan lebat telah menimbulkan kebimbangan banjir di kawasan bandar dan tanah runtuh di kawasan pergunungan. – Bernama

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda