TEHRAN, 22 DIS – Sekurang-kurangnya 10 orang maut kelmarin apabila sebuah bas jatuh ke dalam gaung di wilayah Lorestan, barat Iran, lapor media negara.
Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah, Mohammad Ghadami, berkata pasukan bantuan dan penyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian, menurut laporan stesen TV negara.
Lorestan terletak sekitar 350 kilometer di barat daya ibu negara Tehran.
Iran mempunyai rekod keselamatan jalan raya yang teruk, dengan lebih 20,000 kematian dalam kemalangan dicatatkan antara Mac 2023 dan Mac lalu, menurut media tempatan yang memetik Pertubuhan Perubatan Forensik Kehakiman Iran.
Pada Ogos, sekurang-kurangnya 28 jemaah haji Pakistan yang dalam perjalanan ke Iraq untuk acara keagamaan maut apabila bas mereka terlibat dalam kemalangan di tengah Iran.
Manakala, pada Jun lalu, lebih 70 orang maut dalam satu kebakaran besar yang disebabkan oleh pertembungan antara sebuah kapal tangki petrol dan sebuah bas di wilayah Sistan-Baluchestan di tenggara Iran. – AFP