TEHRAN, 31 DIS – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh di Iran hari ini apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di barat Tehran, lapor agensi berita IRNA.
“Sepuluh orang maut dalam kejadian itu dan 11 dipindah ke hospital paling dekat,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Mojtaba Khaledi.
Kemalangan berlaku pada pukul 5:00 pagi di lebuh raya berhampiran dengan bandar Zangan, tambah beliau.
Bas itu, yang sedang dipandu dengan laju, terbabas dari jalan raya dan menjunam 12 meter ke dalam gaung sebelum mendarat di atas bumbungnya, beritahu penolong ketua polis Zajan kepada IRNA.
Mereka yang terbunuh termasuk seorang wanita dan seorang budak lelaki berusia 12 tahun, kata Mohammad Ali Azimi, menambah jumlah kematian mungkin meningkat.
Gambar yang dikeluarkan oleh agensi berita menunjukkan pekerja kecemasan Bulan Sabit Merah mencari menerusi serpihan bas kuning yang terbalik.
Iran ialah salah seorang negara paling teruk untuk kemalangan jalan raya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – AFP