Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 maut dalam insiden tembakan di sekolah di Sweden

    COPENHAGEN, 5 FEB – Kira-kira 10 orang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Orebro, Sweden, kelmarin, lapor Agensi Berita Jerman, dpa, yang memetik kenyataan pihak polis.

    Jurucakap polis memaklumkan bahawa suspek dipercayai turut berada dalam kalangan mereka yang maut.

    Insiden berlaku sekitar tengah hari di sebuah pusat pendidikan dewasa di Orebro, kira-kira 160 kilometer di barat Stockholm.

    Ketua Polis Orebro, Roberto Eid Forest dalam sidang media sebelum ini mengesahkan bahawa suspek adalah seorang lelaki.

    Bagaimanapun, polis belum mendedahkan sebarang kemungkinan motif serangan.

    Dalam temu bual bersama penyiar radio SVT, pengetua sekolah Ingela Back Gustafsson berkata sekumpulan pelajar berlari melintasinya sambil menjerit agar semua orang meninggalkan kawasan sekolah.

    “Sebaik tiba di taman permainan, saya terdengar bunyi tembakan, sangat dekat. Kami lari menyelamatkan diri,” katanya. – Bernama

    Seorang pegawai polis berdiri mengawal berhampiran tempat kejadian tembakan di sebuah sekolah di bandar Orebro, Sweden, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda