BOGOTA, 25 MEI – Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala tujuh lagi cedera apabila sebuah bas terbabas di Jambatan Helicoidal, sepanjang Lebuhraya La Linea berhampiran bandar Calarca di wilayah Quindio, Colombia, kelmarin, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.
Bas yang membawa 26 penumpang itu – termasuk pelajar kejuruteraan dari Universiti Alexander von Humboldt dan pegawai dari Institut Jalan Raya Kebangsaan – dipercayai mengalami kegagalan mekanikal sebelum hilang kawalan dan melanggar penyangga jalan, kata Komander Polis, Luis Fernando Atuesta, kepada media tempatan.
Perkhidmatan kecemasan bertindak segera dan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berhampiran.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kemalangan dan memberikan bantuan kepada keluarga mangsa. – Bernama/AFP
