Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

10 maut dalam pertembungan bas mini-trak

CAIRO, 25 OKT – Sebuah trak merempuh bas mini di wilayah Delta Nil yang subur di Mesir hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang, kata pihak berkuasa.

Pegawai menyalahkan pemandu yang memandu dengan laju sehingga mengakibatkan kemalangan, media tempatan berkata wanita dan kanak-kanak adalah antara yang terbunuh.

Kemalangan di wilayah Dakahlia, kira-kira 150 kilometer dari Kaherah, di lebuh raya yang menghubungkan Mansoura, ibu negeri wilayah, ke bandar pantai Gamasa di Laut Mediterranean, turut mencederakan sekurang-kurangnya sembilan orang.

Mangsa dibawa ke bilik mayat manakala mereka yang cedera dipindahkan ke hospital, menurut satu kenyataan kerajaan.

Media tempatan melaporkan bahawa kematian dalam kalangan wanita dan kanak-kanak adalah daripada keluarga yang sama, berasal dari wilayah Gharbia yang berdekatan.

Kemalangan lalu lintas meragut ribuan nyawa setiap tahun di Mesir, yang mempunyai rekod keselamatan pengangkuutan yang lemah. Kemalangan dan perlanggaran kebanyakannya berlaku disebabkan oleh pemandu yang memecut, jalan raya yang teruk atau penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lemah. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -