Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    10 maut dalam rempuhan kereta di Liberia

    MONROVIA, 21 NOV – Kira-kira 10 orang terbunuh di Monrovia, Liberia kelmarin apabila sebuah kereta merempuh sekumpulan penyokong Joseph Boakai yang memenangi pilihan raya presiden, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Menurut laporan media, orang ramai sedang meraikan peralihan kuasa di ibu pejabat Parti Perpaduan Boakai apabila sebuah kereta tiba-tiba merempuh mereka.

    Akhbar tempatan Liberian Observer dan portal berita Front Page Africa yang memetik saksi kejadian melaporkan 10 orang terbunuh dan 20 lagi cedera.

    Motif kejadian tidak dapat dipastikan dan pemandu kereta itu melarikan diri dengan motosikal.

    Kejadian itu berlaku tidak lama selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Oktober. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...