DAMSYIK, 2 JUN – Sekurang-kurangnya tiga tentera Syria dan tujuh pejuang asing terbunuh manakala tujuh yang lain cedera dalam serangan peluru berpandu Israel di selatan wilayah Quneitra, kata media negeri Syria hari ini.
Tentera Israel mengesahkan ia telah menyasarkan kedudukan tentera Syria dalam respon terhadap dua roket yang ditembak dari Syria di Mount Hermon di Golan Heights.
Setelah menyasarkan pinggir bandar ibu negara Damsyik, Israel ‘memperbaharui serangannya dengan menembak beberapa peluru berpandu di timur kawasan desa Quneitra,’ lapor agensi berita SANA.
“Serangan membawa kepada kematian tiga orang askar dan mencederakan tujuh orang lain di samping beberapa kerosakan harta benda,” tambahnya.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata beliau telah mengarahkan serangan berkenaan.
“Kami tidak akan menerima tembakan di wilayah kami, dan bertindak balas terhadap sebarang serangan yang dilancarkan ke atas kami,” kata beliau. – AFP