Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

10 maut dalam tragedi bot Zanzibar

-

DAR ES SALAAM, 5 JAN – Sepuluh orang maut apabila bot yang membawa orang ke acara pengebumian di kepulauan Zanzibar, Lautan Hindi terbalik, menurut kenyataan polis hari ini.

Manakala 15 lagi diselamatkan selepas kejadian kelmarin dan penyelamat masih mencari mangsa lain yang berkemungkinan hilang.

“Usaha menyelamat sedang dijalankan sehingga kami berpuas hati bahawa semua orang telah dikeluarkan dari air.

“Tiada maklumat di dalam bot dan oleh itu tidak jelas tentang keramaian yang ada di dalam kapal tersebut,” kata ketua polis tempatan, Richard Mchomvu kepada AFP melalui telefon.

Kemalangan itu berlaku selepas kapal itu menghadapi masalah mekanikal ketika ia membawa orang dari Chakechake di pulau Pemba ke pulau kecil Kisiwa Panza, katanya.

Penduduk Pemba, Ali Kombo berkata, dia mengesyaki lebihan muatan boleh menjadi punca kemalangan. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -