PATNA, INDIA, 26 APRIL – Kira-kira 10 penduduk kampung maut disambar petir semasa ribut dan hujan lebat di timur India hari ini, kata pegawai kerajaan.
Pegawai Pengurusan Bencana Negeri Bihar, PratayAmrit, berkata sembilan lagi mengalami kecederaan selepas disambar petir di Khalpura, sebuah kampung di daerah Saran, negeri Bihar.
Ketika kejadian, mereka sedang memetik sayur-sayuran di ladang yang terletak kira-kira 60km dari utara Patna.
Amrit berkata sembilan penduduk kampung meninggal di tempat kejadian manakala seorang lagi maut di hospital.
Pada Julai tahun lalu, petir membunuh 39 orang di negeri Bihar semasa musim monsun. – AP