Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    10 maut ditikam di selatan Iran

    TEHRAN, 8 OGOS – Seorang lelaki menikam mati sehingga 10 mangsa di wilayah Kerman, selatan Iran disebabkan ‘perbezaan peribadi,’ sebelum ditahan polis hari ini.

    Agensi berita IRNA memetik pemangku gabenor wilayah, Hossein Rizal sebagai berkata bahawa lelaki itu ditahan polis ketika cuba meninggalkan wilayah terbabit. Menurutnya, 10 yang maut dalam kejadian di kawasan pedalaman itu ialah enam warga Afghanistan dan empat warga Iran.

    Penyiar tempatan, IRIB melaporkan suspek kurang waras dan ketagih dadah. Iran menerima jutaan pelarian Afghanistan sejak beberapa dekad, namun gelombang terkini membanjiri sepanjang 900 kilometer sempadan yang dikongsi antara dua negara itu sejak Taliban kembali berkuasa di Afghanistan tahun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...