10 maut kemalangan kereta di Rusia

MOSCOW, 12 JULAI – Enam kanak-kanak dan empat orang dewasa terbunuh apabila sebuah kenderaan pelbagai guna tenggelam ketika menyeberangi sungai terpencil di Siberia, kata pihak berkuasa hari ini.

Anggota dua keluarga berkenaan dilaporkan lemas di wilayah Tyva di Siberia yang bersempadan dengan Mongolia, kata ketua wilayah itu.

“Sepuluh maut ketika cuba menyeberangi sungai Shui dengan kenderaan UAZ-469,” kata Sholban Karaool dalam kenyataan di Facebook, merujuk kenderaan pelbagai guna ringan yang boleh memuatkan sehingga tujuh penumpang. – AFP