Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    10 maut, letupan lombong di Indonesia

    PADANG, INDONESIA, 9 DIS – Sepuluh orang pekerja maut di Indonesia selepas satu letupan di sebuah lombong arang batu menyebabkan keruntuhan, seorang pegawai agensi penyelamat berkata hari ini.

    Para pelombong berada di dalam lombong arang batu di wilayah Sumatra Barat apabila letupan menimbus kira-kira 14 orang.

    Lombong berkenaan “dilaporkan runtuh disebabkan satu letupan yang diakibatkan oleh metana”, jurucakap agensi mencari dan menyelamat setempat Octavianto berkata dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata, 10 mayat telah dikeluarkan, sementara empat orang selamat.

    Lombong berkenaan dilaporkan operasi yang berlesen.

    Insiden-insiden perlombongan biasa berlaku di seluruh negara kepulauan itu yang kaya dengan mineral, terutamanya di tapak-tapak terbiar yang tidak berlesen di mana orang menyelongkar bagi sisa bijih tanpa menggunakan kelengkapan keselamatan yang wajar.

    Pada September lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila tanah runtuh melanda sebuah lombong di Pulau Borneo.

    Manakala itu, pada April lalu, 12 pelombong di sebuah lombong emas haram di wilayah Sumatera Utara terbunuh dalam runtuhan tanah. – AFP

    Para penyelamat mengangkat jasad salah seorang mangsa letupan lombong arang di Sawahlunto, Sumatra Barat, Indonesia, kelmarin. – AP
    Para penyelamat dan pekerja menantu di pintu masuk sebuah lombong semasa operasi mencari mangsa selepas letupan semalam. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...