Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 maut ribut landa wilayah Kwazulu-Natal di Afrika

    JOHANNESBURG, 5 JUN – Sekurang-kurangnya 10 orang maut susulan hujan lebat yang melanda wilayah KwaZulu-Natal, timur Afrika Selatan baru-baru ini, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

    Hujan lebat, angin kencang dan ribut hujan batu melanda sebahagian wilayah itu pada Ahad lalu dan Isnin menyebabkan kerosakan besar kepada kediaman dan infrastruktur, lapor Xinhua.

    Kerajaan wilayah KwaZulu-Natal menerusi kenyataan di akaun media sosial rasmi memaklumkan delegasi pihak berkuasa telah melawat kawasan uThongathi di utara Durban untuk menilai kerosakan dan menyediakan bantuan.

    Hujan lebat turut menjejaskan kawasan lain di sekitar Durban, termasuk Umgababa, Durban Central dan bahagian barat bandar berkenaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda